Friday 1 April 2011

hapus sombong kaedah Imam Ghazali

1. Apabila bertemu kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding diri kita yang sudah lali dengan dosa.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, angggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana hidup lebih lama berbanding dengan kita.

3. Apabila bertemu orang alim, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yang mereka pelajari lebih banyak daripada kita.

4. Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan terang-terangan.

5. Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya.

6. Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati, agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dan dengan izin , segala dosa akan diampuni.

No comments:

Post a Comment