Wednesday 30 March 2011

Langit

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang

Apa akan berlaku jika Bumi kita ini berada sedikit lebih hampir kepada matahari? Jawapannya sudah jelas, semua orang tahu kepanasan matahari boleh membakar. Disebabkan oleh kepanasan melampau ini juga, kita tidak akan mempunyai atmosfera atau lautan seperti sekarang... Suhu akan menjadi terlalu tinggi menyebabkan kebanyakan air di Bumi akan mengewap. Dalam keadaan ini, tidak akan ada air lagi di Bumi. Bumi akan menjadi kering seperti gurun.

Surah An-Nur Ayat 64 bermaksud: Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.

Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa Dia membahagikan langit ini kepada tujuh:

{Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.} (Surah Fussilat:12)

Perkataan "samaawaat" yang digunakan di dalam banyak ayat al-Quran bererti langit. Ia juga merujuk kepada berbeza kedalaman angkasa seperti juga dengan langit Bumi. Jika kita mengambil kira pengertian kedua, ia menunjukkan di dalam ayat ini bahawa langit Bumi iaitu atmosfera terdiri daripada tujuh lapisan. Sudah tentu ada maksud lain ayat ini, tetapi amat menarik apabila kami mengkaji langit, kami mendapati ia terdiri daripada tujuh lapisan:

Troposfera (Troposphere): Ini adalah bahagian paling hampir dengan permukaan Bumi. Ketebalan lapisan ini berubah-ubah berdasarkan kepada iklim. Suhu akan menurun apabila ketinggian bertambah, dan suhu ketinggian paling tinggi adalah sekitar -51°C dan -79°C.

Stratosfera (Stratosphere): Lapisan di atas troposfera. Suhu bertambah apabila seseorang naik ke atas.
Mesosfera (Mesosphere): Lapisan di atas stratosfera. Di sini, suhu jatuh kepada -73°C.

Termosfera (Thermosphere): ini adalah lapisan di atas mesosfera. Suhu meningkat pada kadar perlahan. Perbezaan suhu di antara siang dan malam lebih 100°C.

Eksosfera (Exosphere): Lapisan yang bermula pada ketingian 500 kilometer (310 batu) di atas permukaan Bumi.

Ionosfera (Ionosphere): Gas-gas di dalam kawasan ini ditemui dalam bentuk ion. Gas-gas ion ini memberikan lapisan ini namanya.

Magnetosfera (Magnetosphere): Disebabkan medan magnet Bumi terletak di sini, ia dikenali sebagai Magnetosfera. Lapisan ini yang bertindak sebagai perisai perlindungan, terletak kira-kira 3,000 dan 30,000 kilometer (1,850 dan 18,500 batu) di atas permukaan Bumi.

Seperti yang kami terangkan sebelum ini, kawasan ini yang melindungi Bumi daripada pancaran bahaya dari angkasa, ia digelar lingkungan Van Allen. Untuk memahami dengan lebih baik kepentingan atmosfera kepada kita, biar kita lihat planet-planet lain. Katakanlah kita berada di atas planet Utarid. Tidak ada atmosfera di atas planet ini. Bagaimanapun, atmosfera amat penting kepada kehidupan. Setakat ini, kami telah menyebutkan kepentingan gas-gas di dalam atmosfera, seperti gas oksigen, atau ciri-ciri perlindungan atmosfera. Bagaimanapun, terdapat juga berat atmosfera, yang penting untuk kehidupan manusia.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah berfirman yang maksudnya: "Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah : Ayat 216)


بَدِيعُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَإِذَا قَضَىٰٓ أَمۡرً۬ا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia."(Al-Baqarah 2: Ayat ke 117)

No comments:

Post a Comment